Pengenalan : Koleksi Nasyid Indie Vol. 2

Koleksi Nasyid Indie kini kembali semula dengan kehadiran Vol. 2 - Nasyeed Semesta Bertahmid ! Album susulan dari kejayaan album Nasyeed Underground ini bakal diterbitkan akhir Disember 2010. Sebanyak 12 buah lagu pelbagai genre akan dimuatkan di dalam sebuah album yang pastinya menjanjikan kelainan buat para peminat industri nasyid. Nantikan kemunculannya dengan wajah-wajah penasyid indie yang baru, pastinya terbitan Neurotic Studio.

Rahmat : Isteri Buatku

Assalamu'alaikum


Pada 28 Julai 2010 yang lepas, seorang lagi bakat solo yang bergerak secara indie iaitu Rahmat telah selesai menyempurnakan rakaman lagu yang bertajuk Isteri Buatku.

Rahmat yang pernah menghasilkan album solo (dijual secara underground) kini membuktikan sekali lagi kebolehannya menulis dan mencipta lagu menerusi lagu Isteri Buatku yang berkonsepkan live acoustical performance.

Rakaman yang bermula sekitar jam 10 malam berakhir pada jam 11.30mlm.

Univoice : Pesona Fana

Assalamu'alaikum...


Pada 26 Julai 2010 yang lepas telah selesai sessi rakaman sebuah lagi lagu baru yang bakal dimuatkan dalam album Nasyeed Semesta Bertahmid ini. Lagu yang berjudul Pesona Fana (ciptaan sepenuhnya Abd Halim Ahmad) ini dipersembahkan oleh kumpulan Univoice yang dianggotai seramai 5 orang ahli iaitu Amir, Amir (pernah berduet dengan AMAR), Rahmat, Wan, dan Omar.

Rakaman yang mengambil masa kira-kira 2 jam ini berjaya disempurnakan walaupun mereka masih dalam kepenatan kerana baru tiba dari Kedah. Sebahagian mereka merupakan pelajar dari Kolej Universiti Insanian (KUIN) dan sebahagiaan lagi merupakan penuntut di Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Lagu Pesona Fana ini menerapkan elemen arabic groove dan isinya mengajak manusia agar jangan ditanam sifat terlalu cintakan dunia yang akhirnya akan membawa kemusnahan. Untuk dengarkan kehebatan vokal dan melodi dalam lagu Pesona Fana ini, jangan lupa nantikan kemunculan album Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 - Nasyeed Semesta Bertahmid, Ogos ini !

Rxeme : Di Pangkuan Cinta-Mu

Assalamu'alaikum


Rxeme (sebutannya Azim), seorang pendatang baru seni nasyid indie, sebelum ini Rxeme selesa bergerak bersama kumpulannya sendiri iaitu The 7th Choice, namun dengan niat untuk menggilap lagi bakat yang terdapat dalam dirinya Rxeme telah diserap masuk kedalam album Nasyeed Semesta Bertahmid ini dan membuat penampilan secara solo.

Rxeme membawakan lagu ciptaan sepenuhnya Abd Halim Ahmad yang bertajuk Di Pangkuan CintaMu. Lagu ini berkisar tentang hamba yang merasakan ketenteraman bila hati disemai dengan cinta Allah S.W.T.

Rakamannya telah berjaya disempurnakan pada 15 Julai 2010 yang lepas dalam tempoh kira-kira 2 jam sahaja.

Pastikan anda tidak terlepas memiliki album Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 - Nasyeed Semesta Bertahmid ini, dan dengarkan sendiri kemantapan vokal Rxeme !

Keistimewaan pada Nasyid Indie Vol. 2

Assalamu'alaikum semua,

Terlebih dahulu pihak produksi ingin memohon maaf atas kelewatan terbitnya album ini yg sepatutnya akan dipasarkan pada April 2010 mngikut jangkaan awal. Namun begitu jangan bimbang kerana setiap hari produksi sentiasa dijalankan dan target release terbaru menjelang bulan Ogos 2010.
Antara keistimewaan dari segi lagu2 yang terdapat dalam album ini ialah variasi genre yang dipersembahkan. Album ini mengandungi 12 buah lagu di mana kita akan dapat merasakan keunikan setiap lagu kerana di dalamnya kita akan dapat dengar lagu yang ala2 OST indonesia (Curang by Feelhoney), akustik (Isteri Buatku by Rahmat), dance (Baru Kenal Cinta by Fine), ala2 boy band (Ratu Hatiku by ReadOne), joget (Pesona Fana by Univoice), fun (Bila Singgah by Zulhilmi), dan banyak lagi.
Untuk perkembangan selanjutnya akan dikemaskini pada masa akan datang. Terima kasih atas sokongan anda semua. Mohon doa dari semua agar produksi ini akan terus berjalan dengan lancar, insyaAllah. Assalamu'alaikum.

Fine : Baru Kenal Cinta

Assalamu'alaikum, alhamdulillah..

Pada 5hb Mac 2010 yg lepas, group seterusnya iaitu Fine telahpun selesai merakamkan lagu yg bakal menjadi taruhan mereka di dalam album koleksi nasyid indie vol 2 ini. Lagu yang berjudul Baru Kenal Cinta ini hasil ciptaan sepenuhnya Abd Halim Ahmad (Neurotic Studio) dan menampilkan genre techno & dance.

Membawakan sebuah lagu yang sangat catchy dan segar, Fine terdiri daripada (Shafiq, Aneep, Hambali, dan Zaqwan) masing2 merupakan penuntut di KUIN Kedah (kecuali Hambali yg merupakan lepasan STAM).

Keseluruhan proses rakaman hanya mengambil masa 3 jam sahaja.

Read-One : Ratu Hatiku


Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, mlm tadi selesai sessi rakaman kumpulan Read-One yang membawakan lagu berjudul Ratu Hatiku (Lagu/lirik: Abd Halim Ahmad). Rakaman hanya mengambil masa 2 jam lebih kerana mood lagu yg simple dan mudah dinyanyikan.

Kumpulan Read-One ini dianggotai seramai 4 org pelajar dari KUIS iaitu Darman, Mahir, Faris, dan juga Zainul.

Semesta Bertahmid ! Alhamdulillah ...

Assalamu'alaikum semua,

Syukur alhamdulillah buat Allah Subhanahu wa ta'ala. Dia lah Tuhan Pencipta langit & bumi, Yang Memberi rezeki dan nyawa, dan Yang Menguasai segala kerajaan.

1) Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 kini kembali semula dengan naskhah terbaru, NASYEED SEMESTA BERTAHMID yang telahpun memulakan proses produksi sejak Januari 2010. Album ini dijangka bakal menjengah pasaran pada bulan April 2010.

2) Sebanyak 12 buah lagu baru akan dimuatkan yang menampilkan 12 penasyid independent.

3) Terima kasih diucapkan kepada para penyokong & pembeli album Nasyeed Underground (2009) kerana anda lah yang membuatkan kami lebih bergiat cergas untuk menghasilkan siri ke-2 ni. Kerana sokongan dan keikhlasan anda membeli produk kami, dengan bangganya kami mengumumkan yang cetakan pertama Nasyeed Underground telahpun habis dijual dan sedang dalam proses cetakan ke-2 atas permintaan industri dan pendengar budiman sekalian.

Semoga perjalanan dalam menghasilkan vol. 2 ini lebih dipermudahkan olehNya dan menjanjikan 1 lagu sound baru buat anda semua. Sekian, assalamu'alaikum.

 
powered by Blogger