Pengenalan : Koleksi Nasyid Indie Vol. 2

Koleksi Nasyid Indie kini kembali semula dengan kehadiran Vol. 2 - Nasyeed Semesta Bertahmid ! Album susulan dari kejayaan album Nasyeed Underground ini bakal diterbitkan akhir Disember 2010. Sebanyak 12 buah lagu pelbagai genre akan dimuatkan di dalam sebuah album yang pastinya menjanjikan kelainan buat para peminat industri nasyid. Nantikan kemunculannya dengan wajah-wajah penasyid indie yang baru, pastinya terbitan Neurotic Studio.

Rahmat : Isteri Buatku

Assalamu'alaikum


Pada 28 Julai 2010 yang lepas, seorang lagi bakat solo yang bergerak secara indie iaitu Rahmat telah selesai menyempurnakan rakaman lagu yang bertajuk Isteri Buatku.

Rahmat yang pernah menghasilkan album solo (dijual secara underground) kini membuktikan sekali lagi kebolehannya menulis dan mencipta lagu menerusi lagu Isteri Buatku yang berkonsepkan live acoustical performance.

Rakaman yang bermula sekitar jam 10 malam berakhir pada jam 11.30mlm.

Univoice : Pesona Fana

Assalamu'alaikum...


Pada 26 Julai 2010 yang lepas telah selesai sessi rakaman sebuah lagi lagu baru yang bakal dimuatkan dalam album Nasyeed Semesta Bertahmid ini. Lagu yang berjudul Pesona Fana (ciptaan sepenuhnya Abd Halim Ahmad) ini dipersembahkan oleh kumpulan Univoice yang dianggotai seramai 5 orang ahli iaitu Amir, Amir (pernah berduet dengan AMAR), Rahmat, Wan, dan Omar.

Rakaman yang mengambil masa kira-kira 2 jam ini berjaya disempurnakan walaupun mereka masih dalam kepenatan kerana baru tiba dari Kedah. Sebahagian mereka merupakan pelajar dari Kolej Universiti Insanian (KUIN) dan sebahagiaan lagi merupakan penuntut di Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Lagu Pesona Fana ini menerapkan elemen arabic groove dan isinya mengajak manusia agar jangan ditanam sifat terlalu cintakan dunia yang akhirnya akan membawa kemusnahan. Untuk dengarkan kehebatan vokal dan melodi dalam lagu Pesona Fana ini, jangan lupa nantikan kemunculan album Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 - Nasyeed Semesta Bertahmid, Ogos ini !

Rxeme : Di Pangkuan Cinta-Mu

Assalamu'alaikum


Rxeme (sebutannya Azim), seorang pendatang baru seni nasyid indie, sebelum ini Rxeme selesa bergerak bersama kumpulannya sendiri iaitu The 7th Choice, namun dengan niat untuk menggilap lagi bakat yang terdapat dalam dirinya Rxeme telah diserap masuk kedalam album Nasyeed Semesta Bertahmid ini dan membuat penampilan secara solo.

Rxeme membawakan lagu ciptaan sepenuhnya Abd Halim Ahmad yang bertajuk Di Pangkuan CintaMu. Lagu ini berkisar tentang hamba yang merasakan ketenteraman bila hati disemai dengan cinta Allah S.W.T.

Rakamannya telah berjaya disempurnakan pada 15 Julai 2010 yang lepas dalam tempoh kira-kira 2 jam sahaja.

Pastikan anda tidak terlepas memiliki album Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 - Nasyeed Semesta Bertahmid ini, dan dengarkan sendiri kemantapan vokal Rxeme !

 
powered by Blogger