Pengenalan : Koleksi Nasyid Indie Vol. 2

Koleksi Nasyid Indie kini kembali semula dengan kehadiran Vol. 2 - Nasyeed Semesta Bertahmid ! Album susulan dari kejayaan album Nasyeed Underground ini bakal diterbitkan akhir Disember 2010. Sebanyak 12 buah lagu pelbagai genre akan dimuatkan di dalam sebuah album yang pastinya menjanjikan kelainan buat para peminat industri nasyid. Nantikan kemunculannya dengan wajah-wajah penasyid indie yang baru, pastinya terbitan Neurotic Studio.

Rahmat : Isteri Buatku

Assalamu'alaikumPada 28 Julai 2010 yang lepas, seorang lagi bakat solo yang bergerak secara indie iaitu Rahmat telah selesai menyempurnakan rakaman lagu yang bertajuk Isteri Buatku.Rahmat yang pernah menghasilkan album solo (dijual secara underground) kini membuktikan sekali lagi kebolehannya menulis dan mencipta lagu menerusi lagu Isteri Buatku yang berkonsepkan live acoustical performance.Rakaman...

Univoice : Pesona Fana

Assalamu'alaikum...Pada 26 Julai 2010 yang lepas telah selesai sessi rakaman sebuah lagi lagu baru yang bakal dimuatkan dalam album Nasyeed Semesta Bertahmid ini. Lagu yang berjudul Pesona Fana (ciptaan sepenuhnya Abd Halim Ahmad) ini dipersembahkan oleh kumpulan Univoice yang dianggotai seramai 5 orang ahli iaitu Amir, Amir (pernah berduet dengan AMAR), Rahmat, Wan, dan Omar.Rakaman yang mengambil...

Rxeme : Di Pangkuan Cinta-Mu

Assalamu'alaikumRxeme (sebutannya Azim), seorang pendatang baru seni nasyid indie, sebelum ini Rxeme selesa bergerak bersama kumpulannya sendiri iaitu The 7th Choice, namun dengan niat untuk menggilap lagi bakat yang terdapat dalam dirinya Rxeme telah diserap masuk kedalam album Nasyeed Semesta Bertahmid ini dan membuat penampilan secara solo.Rxeme membawakan lagu ciptaan sepenuhnya Abd Halim Ahmad...
 
powered by Blogger